Wan Azizah : Liabiliti kepada Pakatan dan Rakyat

wan-azizah-pkrSeramai 71,252 orang pengundi Permatang Pauh akan menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Khamis 7 Mei ini. Wan Azizah antara calon yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat untuk menebus balik kerusi parlimen tersebut yang terbubarnya secara sendiri apabila penyandangnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara. Ramai pemimpin pakatan beranggapan bahawa penamaan Wan Azizah adalah sebagai calon simpati yang mampu meraih undi dan menang namun apa yang mereka lupa ialah Wan Azizah merupakan liabiliti kepada Pakatan dan Rakyat.

Liabiliti kepada Pakatan

Percaya atau tidak, waktu ketiadaan Anwar Ibrahim ini, Wan Azizah bagaikan hilang taring kerana halatuju parti bukan dikemudi oleh Ketua Umum mahupun Presiden Parti PKR iaitu Wan Azizah sendiri tetapi timbalan Presiden Azmin Ali yang kini selesa memacu kehadapan tidak kira dalam Parti PKR atau Kerajaan Selangor. Suka atau tidak, dia lah Menteri Besar Selangor, cukup bulan atau tahun, dia dikatakan individu yang lebih sesuai untuk menjadi Presiden PKR. Wan Azizah hanya mampu merangka strategi dengan Nurul Izzah tetapi “cengkaman” Azmin Ali jauh lebih kuat daripada dua beranak ini. Kebanyakkan penyokong PKR sudah berasa muak kerana Wan Azizah dan Anwar Ibrahim sering kali dijadikan sebagai bahan raih simpati apabila tibanya Pilihanraya Kecil sebegini. Pemilihan Parti PKR yang akan datang adalah lebih mencabar bagi Wan Azizah dan anaknya.

Liabiliti kepada Rakyat

Rakyat kajang yang mengundi Wan Azizah pada PRK lepas kini menyesal kerana Beliau sering tidak dapat dihubungi. Pusat khidmat masyarakat dia pun orang tak tahu. Tidak mampu menyelesaikan masalah di Kajang kini beliau bertandang ke Permatang Pauh semata – mata untuk memenangi Kerusi Parlimen yang pernah disandang oleh suaminya. Perlu diingat bahawa menjadi wakil rakyat bukanlah semata – mata atas dasar simpati atau unsur kekeluargaan tetapi kebolehan dan kepercayaan yang ditabur oleh rakyat dengan keyakinan bahawa anda boleh memberi khidmat kepada mereka. Jangan mengadaikan nasib rakyat dengan sentimen keluarga. Jika mahu fokus kepada keluarga, politik bukan medan untuk bersandiwara. Rakyat adalah keutamaan. Pengundi Permatang Pauh haruslah bijak dalam membuat keputusan dalam memilih wakil rakyat mereka. Mereka perlukan seseorang yang boleh berkhidmat, menyelesaikan masalah harian mereka, bukan wakil suami atau wakil 2 alam yang boleh melompat dari kajang ke Permatang Pauh. Pilih BN kali ini dan lihat kelainannya.

Sekian.

Print Friendly

This entry was posted in Mobile and tagged , . Bookmark the permalink.