Ya, Saya KRONI Barisan Nasional

KRONI perkataan yang tidak asing lagi bagi pihak pembangkang yang lebih banyak menggunakannya daripada orang lain. Setiap kali ceramah atau interview, anda akan dengar perkataan KRONI ini berulang kali. Modus Operandinya senang, Tak kira 100juta mahupun Rm1 ringgit, perkataan itu untuk meyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional mengamalkan sikap KRONISME dimana wang rakyat digunakan untuk mengisi poket orang rapat Barisan Nasional. Percaya atak tidak memang ada golongan yang termuda makan dengan kata – kata mereka.

duit kroni

Penulis semakin hari semakin muak dengan perkataan kroni, oleh itu saya ingin mengakui bahawa diri saya adalah KRONI BARISAN NASIONAL dan hanya salah seorang daripada berjuta orang. Kenapa saya mengelarkan diri saya KRONI Barisan Nasional? Sebab Kerajaan Barisan Nasional memberi saya “DUIT” untuk membolehkan hidup saya senang mahupun memperbaiki hidup saya.

Bagaimana Kerajaan KRONI Barisan Nasional memberi saya “Duit”?

  1. Saya belajar di Sekolah Kerajaan dan kos pelajaran saya adalah percuma ( Pelajar Sekarang dapat Rm100)
  2. Keluarga Saya menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia RM500 daripada kerajaan Barisan Nasional, tahun ini masuk tahun ke-dua
  3. Saya menerima Baucer Buku Rm200 daripada Kerajaan Barisan Nasional, Tahun ini saya akan menerima sebanyak Rm250
  4. Saya menerima pembiayaan pendidikan Ijazah sebanyak Rm45,000 daripada Kerajaan Barisan Nasional melalui PTPTN
  5. Saya menerima biasiswa Mymasters berjumpa Rm10,000 dari Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melanjutkan pengajian saya.
  6. Saya mendapat penolakan cukai dan setem duti sehingga Rm10,000 ketika mendaftar untuk rumah pertamaku

Saya sendiri mendapat lebih kurang Rm100,000 ringgit berbentuk bantuan, pinjaman dan biasiswa daripada Kerajaan Barisan Nasional, maka ia menjadikan saya sebagai salah seorang daripada KRONI Barisan Nasional. Ingat dulu saya dapat semua faedah sebab saya layak dan cukup syarat untuk mendapatkan semua bantuan tersebut.

Kepada orang lain yang menerima semua faedah ini tetapi menuding jari kearah orang lain, sila nilai sendiri diri anda. Kerajaan Barisan Nasional sedang membantu rakyat dalam apa jua cara pun. Pemberian Rebat Touch N Go pun menguntungkan mereka yang menggunakannya. Kerajaan Bagi duit tu, dan anda pun suka mendapat duit free, rebat free, faedah – faedah free menjadikan ANDA JUGA KRONI BN. Tidak semestinya tuduh yang makan juta – juta itu KRONI, yang makan SIKIT MACAM KITA PUN KRONI JUGA.

psss: Pembangkang Tak KRONI? LoL

Print Friendly

This entry was posted in Bantuan, Barisan Nasional, Belanjawan 2012, ETP&GTP, Kaum India, Lain - lain, MIC, News, PRU13, Rakyat, Selangor. Bookmark the permalink.